Pages


Ibnu Abbas r.a berkata,

"Syurga mempunyai 8 pintu dari emas yang bertatahkan permata."

  • Pintu pertama tertulis لاإله إلا الله محمد رسول الله . Ini adalah pintu masuk bagi para nabi, mereka yang mati syahid dan orang yang dermawan.

  • Pintu kedua adalah pintu masuk bagi orang-orang yang mengerjakan solat dengan sempurna dan menjaga wudhuknya.

  • Pintu ketiga adalah pintu masuk bagi orang-orang yang mengeluarkan zakat bagi hartanya.

  • Pintu keempat adalah pintu masuk bagi orang yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan mungkar.

  • Pintu kelima adalah pintu masuk bagi orang-orang yang menahan diri daripada mengikuti nafsu syahwatnya.

  • Pintu keenam adalah pintu masuk bagi orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah.

  • Manakala pintu ketujuh adalah pintu masuk bagi orang-orang yang berjuang di jalan Allah SWT.

  • Dan yang terakhir ialah pintu bagi orang-orang yang memejamkan matanya dari segala macam perkara yang haram, mereka yang mengerjakan kebaikan dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya serta menjalinkan silaturrahim.

Rasulullah SAW sewaktu di Israkkan ke langit telah diperlihatkan kepada Baginda segala macam isi syurga sebagaimana sabdanya ;

"Pada malam aku di Israkkan ke langit, telah ditunjukkan kepadaku segala macam syurga, maka aku lihat 4 jenis telaga iaitu telaga air, susu, arak dan madu yg jernih."


Allah SWT berfirman yang bermaksud;

" Hai Muhammad, barangsiapa dari umatmu yang berzikir kepadaKu dengan beberapa nama ini, maka Aku akan beri minum dari telaga-telaga ini"


Di dalam sebuah hadis telah diriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda;

" Sesungguhnya Allah SWT setelah menciptakan syurga 'Adnin telah memanggil Malaikat Jibrail a.s dan berfirman kepadanya, " pergilah engkau dan lihatlah apa-apa yang telah Aku ciptakan untuk para hambaKu, kekasihKu dan waliKu."


Jibrail a.s pun pergi dan mengelilingi syurga 'Adnin itu. Didapati oleh Jibrail a.s ada seorang bidadari yang cantik rupawan keluar dari sebuah istana datang mendekatinya dan tersenyum simpul kepadanya. serta merta syurga itu menjadi terang benderang oleh sebab pengaruh sinar cahaya dari 2 gigi serinya. Maka Malaikat Jibrail a.s pun bersujud kerana dia fikir bahawa sinar itu adalah cahaya dari Allah SWT.


Bidadari itu kemudiannya berseru; " Hai Jibrail a.s Malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu."

Jibrail a.s pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari itu seraya berkata dengan kagum; "Maha Suci Allah yang telah menciptakan engkau wahai bidadari."

Berkatalah bidadari itu, " Hai Jibrail a.s Malaikat kepercayaan Allah, tahukah engkau untuk siapakah aku diciptakan?"

Tanya Jibrail a.s; " untuk siapakah engkau diciptakan?"

Bidadari itu pun menjawab; " Aku telah diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredhoan Allah SWT daripada hawa nafsunya."


Semoga kisah ini mampu mendorong kita supaya berlumba-lumba membuat amal dan mencari keredhoan Allah SWT agar kita diberi kesempatan memasuki syurgaNya.

~ dipetik daripada kata pengantar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

0 comments:

WWW.LISTEN2QURAN.COM

I Love Pink!!!!!