بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء
وهو السميع العليم
Maksudnya : "dengan nama Allah yg tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui'
~bacalah tiga kali maka tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga subuh esoknya. Jika baca waktu subuh maka tidak akan ditimpa kesusahan bala
dan musibah sehingga petangnya.
(H.R Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad)
Doa kedua juga daripada Hadis Rasulullah SAW:
أعوذ بكلمات الله التامَّاتِ مِنْ شَرِّ ما خلق
maksudnya : "aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk"
~Nabi menyarankan doa ini kepada sahabat yg disengat kala. Baginda bersabda bahawa jika membaca doa ini pada setiap petang InshaAllah tidak akan ditimpa mudarat. (H.R
Ibn Hibban)
saya juga sejak kecil disuruh oleh mak utk hafal doa ini. Mak kata baca ketika takut. Jadi setiap kali berjalan dlm gelap ketika nk p umah tok saya (keliling jalan adalah hutan2 dan xberlampu) saya akan bc doa ini kerana takutkan hantu (budak-budak kann) dan nk elak kena sengat binatang spti kala jengking, lipan atau ular..Alhamdulillah sehingga kini setiap kali lalu jalan gelap tu xpernah lagi kena sengat atau jumpa hantu..hehe...tapi syaratnya time bc tu kena yakin laa fadhilatnya..=)
Doa ketiga juga adalah Hadis Baginda Nabi SAW :
اللهم اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اِنِّي آمَنْتُ بِكَ وبِرَسُولِكَ وَاَحْصَنْتُ فَرْجِي إِلاَّ على زَوْجِي فَلا تُسَلِّطْ عَلَىَّ الكَافِر
maksudnya : Ya Allah jika Engkau mengetahui bhwa aku beriman kpdMu dn RasulMu, dan aku ,menjaga kehormatanku hanya utk suamiku, maka lindungilah aku drp dkuasai oleh org-org kafir dan zalim."
~ini adalah doa sahih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim iaitu Sarah yg menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. (H.R al-Bukhari, Sunan Al-Baihaqi, Musnad Ahmad, Fath Bari, dll)
semoga kita dpt hafal dn amalkan, tetapi ingtlah setiap doa itu pasti makbul dgn keyakinan pengamalnya. Selain itu, adab berdoa juga perlu dititikberatkan, jika memakai pakaian yg menjolok mata dan menggoda, bersolek mengalahkan artis sudah tentu doa ini belum cukup mampu utk menjaga kita. Bukan kerana Allah tidak mampu tetapi Allah tidak menganggap wanita itu layak dek kerana kedegilan sendiri.
Selain doa di atas, saya juga sarankan kita mengamalkan al-Mathurat. Jika xmampu menghafalnya, bacalah dgn melihat buku al-Mathurat yg kecil mudah dibawa. Just 5 minutes to read for our safety. =)
La'allakum Tattakun..
~ sumber : Utkmu Wanita, Zaharuddin Abd Rahman.
0 comments:
Post a Comment