kesalahan pertama : aurat itu adalah memakai tudung shj
kesalahan kedua : bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek
kesalahan ketiga : bertudung tetapi baju kebarung kebayanya terbelah kainnya
kesalahan keempat: bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'
kesalahan kelima : bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
kesalahan keenam : bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat shj, tidak di sekitar rumah pasaraya dan sebagainya.
kesalahan ketujuh : bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup.
kesalahan kelapan : bertudung tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah tutup rambut shj. Ini tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari Firman Allah SWT yg bmaksud :
" ...hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yg terzahir" (an-nur:31)
~sumber : UNTUKMU WANITA, Zaharuddin Abdul Rahman
0 comments:
Post a Comment