Pages

Beberapa detik lepas, hati rasa sgt sayu mengenang dosa yg menggunung..Ya Allah gerun rasanya memikirkan azabMu itu..hijabkanlah diriku dari azabMu Ya Mujibb..dosa yg tersembunyi juga dosa yg tidak ku sedari..
Terima kasih temanku UDD berterus terang menyatakn kebenaran yg sememangnya pahit untuk ditelan tapi penuh pengajaran, terima kasih menjadi cerminan diri..begitulah sahabat kn..terima kasih juga menyedarkn aku betapa baiknya kamu sebagai seorang sahabat, bukan hanya untukku tetapi utk semua shbtmu yg lain..InshaAllah yg baik akan aku contohi, yg kurang akan aku baiki, yg buruk akan aku ubahi perlahan-lahan..mohonku, doaknlh semoga aku istiqamah dn juga kuat utk berubah ke arah yg lebih baik..keranya sesungguhnya doa seorang shbt itu tiada hijabnya di sisi Allah..
"apabila seorang Muslim mendoakan saudaranya sesama Muslim, Malaikat akan mengucapkan 'Ameennn' dan semoga kamu juga mendapatkan hal yang sama"~Sahih Muslim.
Lantas utk memujuk hati yg gundah kerana memikirkan dosa, juga gundah memikirkn sesuatu "perkara" yang menjadi urusan Allah, aku cuba merasuah hatiku dgn kalimah-kalimah suci yg terkandung dlm al-Quran pemberian berharga seorang teman..MasyaAllah, Subhanallah memang ternyata Allah mendengar keluhan dalam lubuk hatiku..ayat-ayat terjemahan dan tafsirnya memang seakan-akan kena dgn situasi aku ketika ini...aku yakin, Allah mmg sedang memujukku dgn janji2Nya...
Katakanlah "wahai hamba-hambaKu yg mlampaui batas terhdap diri mereka sendiri! janganlh kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialh Yg Maha Pengampun dan Maha Penyayang..Az-Zumar 53..

p/s : Org Mukmin jgnlh berputus asa dgn rahmat keampunan Allah..Allah akan mengampuni dosa hambaNya jika kita benar2 bertaubat, bjnji tidak mengulangi dan mengiringi dgn pbuatan baik..keampunan Allah sentiasa terbuka walaupun dosa hambaNya sebanyak buih di lautan selagi matahari tidak terbit dari barat..
Cucilah empat perkara dengan empat perkara. Cucilah wajahmu dengan air matamu, cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu, cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan cucilah dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu. Walaupun Rasulullah SAW bersih daripada melakukan sebarang dosa dan dijamin Allah dengan syurga, di hati Baginda tertanam rasa takut kepada Allah
kerana Allah tidak akan menolakmu
kerana Allah tidak pernah jemu mendengarkan keluh kesahmu
kerana Allahlah yang akan mengabulkan permintaanmu
kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu
kerana Allah merindukan rintihan syahdumu
kerana sesungguhnya kamu sedang meminta pada Tuhan-mu dan Dia tidak pernah jemu meskipun kamu mengulangi cerita dan permintaan yang sama setiap hari....
juga dalam al-Quran yang aku baca itu, terselit beberapa doa yang memberi ketenangan utkku..ku basuh gundah di hati dgn airmata kekesalan..teringat hadis yg dikuliahkn Prof IA dlm kls Balaghah al-Quran wal Hadis saat tumpahnya airmata itu..moga airmata itu mampu membasuh hati yg penuh noda hitam, mencuci dan melembutkannya supaya mudah menerima Hidayah Allah seperti mana baju yg lembut direndam Downy atau Softland..
1) Doa Agar Diberi Petunjuk
2) Doa memohon Ampunan Dosa yang telah lalu
3) Doa Agar diberi kesihatan jasmani dan rohani
4) Doa Agar dianugerahi kecintaan kepada Allah
5) Doa Memohon Ampunan atas perbuatan yang melebihi Batas
dan 6) Berdoa seperti Doa Rasulullah..
semua doa ini sangat kena dgn keadaan aku saat ini..memang Allah itu Maha Kuasa, tahu apa yg hambaNya rayu dan perlukan...bertambah kagum dan percaya aku dgn Kuasa Allah..Maha Mengetahui Maha Memahami...
aku sgt sayang al-Quran ini, setiap kali baca aku niatkn moga pahalanya sampai kepada si pemberi..aku juga sarankan semua yg membaca, belilah al-Quran ini..sangat bermanfaat dan berbaloi dgn harganya..dptnya al-Quran ini hampir setahun lalu, aku sedar kita sebenarnya tidak boleh merasa cukup dgn hanya mengaji sehelai demi sehelai sehingga khatam, tapi kita juga perlu membaca makna atau tafsirnya supaya Zuqq itu sampai di hati, msg yg ingin disampaikn dapat diterima...dalam perkiraanku ianya lebih mudah utk kita menghayati dan berusaha mencari hidayah Allah dgn cara itu..aku sudah merasainya, anda pula bila? ini al-Qurannya:
terbaca juga kata-kata dari Fb yg juga memberi smngt utkku atas "perkara" yg menjadi urusan Allah itu...
~Sabar kuat2+Tahajjud byk2+Istikharah rajin2+Taubat selalu2+Muhasabah sentiasa2+usaha sungguh2+tawakal sokmo2~
post ini tiada penutupnya kerana aku tidak tahu penutup apa yg terbaik..cuma mungkin boleh ku rumuskn sesungguhnya Allah sgt syg hambaNya..bertaubatlh sementara masih sempat..malu Allah itu melebihi malu makhlukNya..Allah malu jika tidak menerima keampunan dan rayuan hambaNya..apatah lagi kita sebagai hamba jgn pula malu dan culas untuk memohon kepadaNya.. 
ku tinggalkan pembaca dengan "kata-kata yg terbit dari hati moga sampainya juga ke hati" dan wassalam..
 
salam tahun baru hijrah..lamanya xupdate blog...bukan bz sgt pun cuma diri disibukkn dgn hal2 dunia yg kdg2 melalaikn saya utk post sesuatu yg bru utk dibaca...sem lepas ada asgmnt ulasan kitab turas tntg FIQH SIRAH yg tertumpu kpd junjungan mulia Nabi kita Muhammad s.a.w...

dgn ulasan ini jugak la rasanya terbit dari lubuk hati saya rasa keinsafan atas jerih pyh Nabi menyebarkn Islam dn dari ulasan ini juga buat sy sedar betapa cintanya Nabi pd umatnya...sedalam mana pun cinta dan rindu kita akui pd Rasulullah, percaya dan percayalah ianya xkan mampu mengatasi kasih, cinta dan rindu Nabi pd kita..MasyaAllah hebatnya Rahiq al-Makhtum ini...

sbnrnya lagi kita bc n tahu tntg Nabi, ia boleh menimbulkn 1 kesan pd hati kita ke atas Nabi..so utk pmulaan ni saya post dulu tntg Bab1 kitab ni, iaitu tntg sej kelahiran Nabi sebelum dilantik jd Rasul..

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal, tahun Gajah bersamaan 20 April 570M di Makkah al-Mukarramah. Ayahnya ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Mutalib meninggal ketika berumur 25 tahun semasa dalam perjalanan pulang dari Syam bersama rombongan perniagaan. Nabi Muhammad s.a.w masih lagi dalam kandungan ibunya, Aminah binti Wahab kira-kira dua bulan. Baginda dilahirkan sebagai seorang anak yatim.[1]
Sebaik-baik sahaja dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab bernama Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad s.a.w diambil dan disusukan oleh Halimah as-Saadiah daripada suku Banu Sa’ad. Baginda tinggal di perkampungan Banu Sa’ad yang jauhnya kira-kira 50 kilometer dari Makkah ke arah Thaif bersama ibu susuannya selama lima tahun. Sepanjang masa Baginda tinggal bersama-sama ibu susuannya, hidup Halimah sekeluarga menjadi senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi. Baginda hidup dalam kalangan masyarakat yang tidak terpengaruh dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat. Nabi Muhammad s.a.w dapat mempelajari bahasa Arab yang tulen dan dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa yang hidup bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan beradab.[2]
Ibu Nabi Muhammad s.a.w, Aminah binti Wahab meninggal ketika Baginda berumur enam tahun di perkampungan saudaranya di Banu Najar ketika dalam perjalanan pulang ke Makkah. Selepas kewafatan ibu, Baginda dipelihara oleh datuknya, ‘Abd al-Mutalib bin Hashim. Baginda dipelihara oleh datuknya sehingga berumur lapan tahun dan pada usia itu datuknya pula meninggal dunia iaitu pada usia 95 tahun. Setelah kewafatan datuknya, Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Nabi Muhammad s.a.w membesar sebagai seorang yang baik budi pekerti, paling lemah lembut, jujur sehingga digelar oleh kaumnya sebagai al-Amin. Ketika rombongan kafilah dagangan Abu Talib ke Syam berhenti di Busra, Pendeta Bahira memberitahu Abu Talib akan tanda-tanda kerasulan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w.[3]
Ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia kira-kira 14 tahun, peperangan Fijar tercetus antara suku Quraisy dan Kinanah dengan suku Hawazin dan Thaqif. Ia dinamakan Fijar kerana peperangan ini terjadi pada bulan haram. Peperangan tersebut berlarutan selama empat tahun.[4]
Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid pada usia 25 tahun. Siti Khadijah adalah seorang peniaga yang mempunyai harta kekayaan dan kedudukan. Umur Siti Khadijah ketika itu adalah 35 tahun. Menurut riwayat lain umur Siti Khadijah ketika itu adalah 40 tahun. Tujuan pernikahan tersebut bukanlah kerana harta kekayaan dan kenikmatan semata-mata tetapi pernikahan tersebut telah ditentukan oleh Allah s.w.t agar menjadi ketenangan kepada Baginda ketika turunnya wahyu. Nabi Muhammad s.a.w memerlukan pendamping yang bijaksana dan matang akalnya untuk menjadi penyejuk hati Baginda.[5]


[1] Mahmud Syalabi, 1974,  hlm. 17.
[2] Abdul Rahman Rukaini, Ringkasan Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992, hlm. 11.
[3] Zaid bin Abdul Karim az-Zaid, Fikih Sirah Mendulang Hikmah dari Sejarah Kehidupan Rasulullah S.A.W, Jakarta Timur, Darus Sunnah, 2009, hlm. 77.
[4]A. Jamil B.A, Sejarah Islam pada Zaman Rasulullah dan Khalifah ar-Rasyidin, Petaling Jaya, Insular Publishing House Sdn. Bhd, 1985, hlm. 12.
[5] Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, as-Sirah an-Nabawiyah, Terj. H. Muhammad Zuhirsyan & H.Hasanuddin Dollah, Selangor, Berlian Publications Sdn. Bhd, 2007, hlm. 31.



sekolah menengah kebangsaan agama sik...2001-2005


sekolah menengah kebangsaan agama kedah 2006-2007....


bila kita sebut kalimah Bismillahirrahmanirrahim cuba dtgkn, ingtkn nkmt2 yg Allah beri..hadirkn kalimah itu dlm hati..

sebab2 hlg ksh syg :

1) sibuk kejar dunia mcm nk hdup kekal d cni..

2)nk mewah2 dn (1 g xingt pointnya hehe)..

3)al-takathur iaitu lalai nk kumpul n himpun harta...

4) al-tahathur iaitu rasa dengki pd org lain...

~ust mahmud mat tu kata kuasa magnetik paling kuat adalah tapak tgn...kuasa magnetik menjana kasih syg..

tips erat kasih syg :

1) nabi suh kita menyebarkn salam...berikn salam dan bersalam..

2) bentukkn aliran pemikiran yg sama, cnth yg ust bg ; abu darda' bkata pd anaknya "apbla suami kamu bersedih jgnlh kamu berasa gembira, apabila suami kamu bgembira jgn pula kmu tunjukkn kesedihan"..

3)ziarah-menziarahi sesama keluarga atau jiran tetangga, jibril bkata jiran ibrt pewaris harta kamu (mgmbrkn betapa pntgnya jiran ni)...dan bawalh hadiah atau buah tgn ketika ziarah...

4)sentiasa bsangka baik dn jgn bburuk sangka...

~nabi kata kalau kamu syg kat seseorang itu akhbirhu! - nyatakan...bukan skdr d mulut tpi perlu d hati..

~jika air laut dijadikn dkwat, ranting2 kayu pula sbg pen dan daun2 sbg kertas, nscya tdk akan terhitung pun nikmat Allah beri pd kita..betapa kasih dh sygnya Dia pd makhlukNya...

~kita selalu pikir n ingt azab yg kecil cnthnya sakit..sdgkn kita sntsa lupa bhw kita selalu dpt nkmt2 yg lebih besar...cnthnya HATI..hati adlh tempat jana iman, ksh syg dn hati sejahtera..

~cnthinya ayam kerana mereka lambang keluarga harmoni...ibu ayam yg bertelur sanggup xmkn utk mengeram telur2nya..mcari mkn utk anak2nya..mjaga n mpertahankn anak2 bila dlm bhya ( kalo xcaya cuba p kacau anak ayam yg kecik2 mesty ibu ayam tu sembur kita sambil bulu dia kembang2 kan? )...bila hujan pulak ibu ayam mesti kembangkn sayapnya utk lindung anak2nya...

~bapa ayam pula akan berkokok setiap pagi mengejutkn keluarganya...xmcm kita, msti si isteri atau ibu yg kejut seisi keluarga...ust jugak kata ayam lambang poligami yg baik..hahaha..ayam jantan berpoligami dgn ayam2 betina, tapi depa xpnh gaduh2..bek2 sj...hmm tapi ayam dn binatang2 lain ni hanya ada sifat bahamiah(kebinatangan)..xmcm manusia,..ada 4sifat antaranya bahamiah..sbb tu manusia ada yg sanggup buang anaknya sdri...

sekian pkongsian sy...

~al-kuliyyah, 20 may 2011 jumaat, 5ptg, tv3...kasih sayang...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah hadits mksudny:

“Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktunya, ia menaati suaminya dan menjaga kemaluannya, nescaya ia akan masuk ke dalam
syurga Rabbnya dari mana-mana pintu yang ia inginkan.”
HR. Ibnu Hibban dalam Shahih-nya

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

(Surah An-Nisa’:34)


Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”

(HR:Muttafaqun Alaihi)


Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)


Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Ahzab:59)


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2. Bersikap malu terhadap suami.

3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9. Sentiasa menghormati keluarga suami .

10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Allahummasollia'lasayidinaMuhammad..

~~~sumber : cheq xingat la, lama dah save dlm laptop..uhhuuhuh

Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya.

DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.

Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.

Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:

*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).

*Puasa wajib dan puasa sunat.

*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).

*Menunaikan haji.

*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).

*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.

*Bertafakur.

*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.

*Muhasabah diri.

*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.

*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).

*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.

*Ketahui cara menghindar penyakit hati.

Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:

*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.

*Latihan untuk mendisiplinkan diri.

*Memupuk sikap sabar.

*Mewujudkan rasa insaf.

*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.

Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.

Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60, dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.

Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:

*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.

*Mendorong penjelajahan fikiran.

*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.

*Mendorong untuk celik akal.

*Mewujudkan kesedaran kendiri.

*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.

Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.

Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.

•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

الرَّحِيم الرَّحْمَنِ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....

Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya ku ingin kau tau,aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tau,

aku bisa saja berbuat salah dan begitu membuatmu marah.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,

nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku derhaka kepadamu...

Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,

ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelek.

Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,

untuk menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti -InsyaAllah-.

Maka, aku akan tampak kotor dan bau asap.

Atau kerana seharian ku harus membersihkan istana kecil kita,

agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan selesa dan sehat.

Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang kerja.

Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,

bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,

tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,

aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang merengek ,

dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,

maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatan ku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,

menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,

aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,

dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya belaianmu...

Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..

Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-NYA..

Jangan segan membangunanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..

Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,

akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...

Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau nikahi puluhan tahun yang lalu...

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...

Maka jangan pernah berpaling dariku...

Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian menyubur,

iaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah... Tiap harinya, tiap jam, minit dan saatnya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.

Maka cintailah aku karena-NYA, dengan apa adanya aku...

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...

Maafkan aku karena aku bukan isteri Nabi...

Aku hanya wanita biasa..........

Dipetik dari Andhika Al-Banjari Mtp

ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.

Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

WWW.LISTEN2QURAN.COM

I Love Pink!!!!!