skip to main |
skip to sidebar
Beberapa detik lepas, hati rasa sgt sayu mengenang dosa yg menggunung..Ya Allah gerun rasanya memikirkan azabMu itu..hijabkanlah diriku dari azabMu Ya Mujibb..dosa yg tersembunyi juga dosa yg tidak ku sedari..
Terima kasih temanku UDD berterus terang menyatakn kebenaran yg sememangnya pahit untuk ditelan tapi penuh pengajaran, terima kasih menjadi cerminan diri..begitulah sahabat kn..terima kasih juga menyedarkn aku betapa baiknya kamu sebagai seorang sahabat, bukan hanya untukku tetapi utk semua shbtmu yg lain..InshaAllah yg baik akan aku contohi, yg kurang akan aku baiki, yg buruk akan aku ubahi perlahan-lahan..mohonku, doaknlh semoga aku istiqamah dn juga kuat utk berubah ke arah yg lebih baik..keranya sesungguhnya doa seorang shbt itu tiada hijabnya di sisi Allah..
"apabila seorang Muslim mendoakan saudaranya sesama Muslim, Malaikat akan mengucapkan 'Ameennn' dan semoga kamu juga mendapatkan hal yang sama"~Sahih Muslim.
Lantas utk memujuk hati yg gundah kerana memikirkan dosa, juga gundah memikirkn sesuatu "perkara" yang menjadi urusan Allah, aku cuba merasuah hatiku dgn kalimah-kalimah suci yg terkandung dlm al-Quran pemberian berharga seorang teman..MasyaAllah, Subhanallah memang ternyata Allah mendengar keluhan dalam lubuk hatiku..ayat-ayat terjemahan dan tafsirnya memang seakan-akan kena dgn situasi aku ketika ini...aku yakin, Allah mmg sedang memujukku dgn janji2Nya...
Katakanlah
"wahai hamba-hambaKu yg mlampaui batas terhdap diri mereka sendiri!
janganlh kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialh Yg Maha Pengampun dan Maha
Penyayang..Az-Zumar 53..
p/s : Org Mukmin jgnlh berputus asa
dgn rahmat keampunan Allah..Allah akan mengampuni dosa hambaNya jika
kita benar2 bertaubat, bjnji tidak mengulangi dan mengiringi dgn pbuatan
baik..keampunan Allah sentiasa terbuka walaupun dosa hambaNya sebanyak
buih di lautan selagi matahari tidak terbit dari barat..
Cucilah empat perkara dengan
empat perkara. Cucilah wajahmu dengan air matamu, cucilah lidahmu dengan
zikir kepada Penciptamu, cucilah hatimu dengan rasa takut kepada
Tuhanmu dan cucilah dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu. Walaupun
Rasulullah SAW bersih daripada melakukan sebarang dosa dan dijamin Allah
dengan syurga, di hati Baginda tertanam rasa takut kepada Allah
kerana Allah tidak akan menolakmu
kerana Allah tidak pernah jemu mendengarkan keluh kesahmu
kerana Allahlah yang akan mengabulkan permintaanmu
kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu
kerana Allah merindukan rintihan syahdumu
kerana sesungguhnya kamu sedang meminta pada Tuhan-mu dan Dia tidak
pernah jemu meskipun kamu mengulangi cerita dan permintaan yang sama
setiap hari....
juga dalam al-Quran yang aku baca itu, terselit beberapa doa yang memberi ketenangan utkku..ku basuh gundah di hati dgn airmata kekesalan..teringat hadis yg dikuliahkn Prof IA dlm kls Balaghah al-Quran wal Hadis saat tumpahnya airmata itu..moga airmata itu mampu membasuh hati yg penuh noda hitam, mencuci dan melembutkannya supaya mudah menerima Hidayah Allah seperti mana baju yg lembut direndam Downy atau Softland..
1) Doa Agar Diberi Petunjuk
2) Doa memohon Ampunan Dosa yang telah lalu
3) Doa Agar diberi kesihatan jasmani dan rohani
4) Doa Agar dianugerahi kecintaan kepada Allah
5) Doa Memohon Ampunan atas perbuatan yang melebihi Batas
dan 6) Berdoa seperti Doa Rasulullah..
semua doa ini sangat kena dgn keadaan aku saat ini..memang Allah itu Maha Kuasa, tahu apa yg hambaNya rayu dan perlukan...bertambah kagum dan percaya aku dgn Kuasa Allah..Maha Mengetahui Maha Memahami...
aku sgt sayang al-Quran ini, setiap kali baca aku niatkn moga pahalanya sampai kepada si pemberi..aku juga sarankan semua yg membaca, belilah al-Quran ini..sangat bermanfaat dan berbaloi dgn harganya..dptnya al-Quran ini hampir setahun lalu, aku sedar kita sebenarnya tidak boleh merasa cukup dgn hanya mengaji sehelai demi sehelai sehingga khatam, tapi kita juga perlu membaca makna atau tafsirnya supaya Zuqq itu sampai di hati, msg yg ingin disampaikn dapat diterima...dalam perkiraanku ianya lebih mudah utk kita menghayati dan berusaha mencari hidayah Allah dgn cara itu..aku sudah merasainya, anda pula bila? ini al-Qurannya:
terbaca juga kata-kata dari Fb yg juga memberi smngt utkku atas "perkara" yg menjadi urusan Allah itu...
~Sabar kuat2+Tahajjud byk2+Istikharah rajin2+Taubat selalu2+Muhasabah sentiasa2+usaha sungguh2+tawakal sokmo2~
post ini tiada penutupnya kerana aku tidak tahu penutup apa yg terbaik..cuma mungkin boleh ku rumuskn sesungguhnya Allah sgt syg hambaNya..bertaubatlh sementara masih sempat..malu Allah itu melebihi malu makhlukNya..Allah malu jika tidak menerima keampunan dan rayuan hambaNya..apatah lagi kita sebagai hamba jgn pula malu dan culas untuk memohon kepadaNya..
ku tinggalkan pembaca dengan "kata-kata yg terbit dari hati moga sampainya juga ke hati" dan wassalam..