salam tahun baru hijrah..lamanya xupdate blog...bukan bz sgt pun cuma diri disibukkn dgn hal2 dunia yg kdg2 melalaikn saya utk post sesuatu yg bru utk dibaca...sem lepas ada asgmnt ulasan kitab turas tntg FIQH SIRAH yg tertumpu kpd junjungan mulia Nabi kita Muhammad s.a.w...
dgn ulasan ini jugak la rasanya terbit dari lubuk hati saya rasa keinsafan atas jerih pyh Nabi menyebarkn Islam dn dari ulasan ini juga buat sy sedar betapa cintanya Nabi pd umatnya...sedalam mana pun cinta dan rindu kita akui pd Rasulullah, percaya dan percayalah ianya xkan mampu mengatasi kasih, cinta dan rindu Nabi pd kita..MasyaAllah hebatnya Rahiq al-Makhtum ini...
sbnrnya lagi kita bc n tahu tntg Nabi, ia boleh menimbulkn 1 kesan pd hati kita ke atas Nabi..so utk pmulaan ni saya post dulu tntg Bab1 kitab ni, iaitu tntg sej kelahiran Nabi sebelum dilantik jd Rasul..
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, 12
Rabiul Awal, tahun Gajah bersamaan 20 April 570M di Makkah al-Mukarramah.
Ayahnya ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Mutalib meninggal ketika berumur 25 tahun semasa
dalam perjalanan pulang dari Syam bersama rombongan perniagaan. Nabi Muhammad
s.a.w masih lagi dalam kandungan ibunya, Aminah binti Wahab kira-kira dua
bulan. Baginda dilahirkan sebagai seorang anak yatim.[1]
Sebaik-baik sahaja
dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab
bernama Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad s.a.w
diambil dan disusukan oleh Halimah as-Saadiah daripada suku Banu Sa’ad. Baginda
tinggal di perkampungan Banu Sa’ad yang jauhnya kira-kira 50 kilometer dari
Makkah ke arah Thaif bersama ibu susuannya selama lima tahun. Sepanjang masa
Baginda tinggal bersama-sama ibu susuannya, hidup Halimah sekeluarga menjadi
senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi. Baginda
hidup dalam kalangan masyarakat yang tidak terpengaruh dengan amalan menyembah
berhala dan melakukan maksiat. Nabi Muhammad s.a.w dapat mempelajari bahasa
Arab yang tulen dan dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa yang hidup
bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan beradab.[2]
Ibu Nabi Muhammad s.a.w,
Aminah binti Wahab meninggal ketika Baginda berumur enam tahun di perkampungan
saudaranya di Banu Najar ketika dalam perjalanan pulang ke Makkah. Selepas
kewafatan ibu, Baginda dipelihara oleh datuknya, ‘Abd al-Mutalib bin Hashim.
Baginda dipelihara oleh datuknya sehingga berumur lapan tahun dan pada usia itu
datuknya pula meninggal dunia iaitu pada usia 95 tahun. Setelah kewafatan
datuknya, Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Nabi Muhammad
s.a.w membesar sebagai seorang yang baik budi pekerti, paling lemah lembut,
jujur sehingga digelar oleh kaumnya sebagai al-Amin. Ketika rombongan kafilah
dagangan Abu Talib ke Syam berhenti di Busra, Pendeta Bahira memberitahu Abu
Talib akan tanda-tanda kerasulan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w.[3]
Ketika Nabi Muhammad
s.a.w berusia kira-kira 14 tahun, peperangan Fijar tercetus antara suku Quraisy
dan Kinanah dengan suku Hawazin dan Thaqif. Ia dinamakan Fijar kerana peperangan
ini terjadi pada bulan haram. Peperangan tersebut berlarutan selama empat
tahun.[4]
Baginda berkahwin
dengan Siti Khadijah binti Khuwailid pada usia 25 tahun. Siti Khadijah adalah
seorang peniaga yang mempunyai harta kekayaan dan kedudukan. Umur Siti Khadijah
ketika itu adalah 35 tahun. Menurut riwayat lain umur Siti Khadijah ketika itu
adalah 40 tahun. Tujuan pernikahan tersebut bukanlah kerana harta kekayaan dan
kenikmatan semata-mata tetapi pernikahan tersebut telah ditentukan oleh Allah
s.w.t agar menjadi ketenangan kepada Baginda ketika turunnya wahyu. Nabi
Muhammad s.a.w memerlukan pendamping yang bijaksana dan matang akalnya untuk
menjadi penyejuk hati Baginda.[5]
[1] Mahmud Syalabi, 1974, hlm. 17.
[2] Abdul Rahman Rukaini, Ringkasan Riwayat Hidup
Nabi Muhammad s.a.w, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992, hlm.
11.
[3] Zaid bin Abdul Karim az-Zaid, Fikih Sirah
Mendulang Hikmah dari Sejarah Kehidupan Rasulullah S.A.W, Jakarta Timur,
Darus Sunnah, 2009, hlm. 77.
[4]A. Jamil B.A, Sejarah Islam pada Zaman Rasulullah
dan Khalifah ar-Rasyidin, Petaling Jaya, Insular Publishing House Sdn. Bhd,
1985, hlm. 12.
[5] Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, as-Sirah
an-Nabawiyah, Terj. H. Muhammad Zuhirsyan & H.Hasanuddin Dollah, Selangor,
Berlian Publications Sdn. Bhd, 2007, hlm. 31.