Pages



Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”


Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

- Tidak bermasam muka di hadapan suami

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga..


ANTARA CIRI-CIRI LAIN IALAH;


Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt.

Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya.

Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”
Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.

Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.

Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.

Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:
“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.

Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:
“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”
Sabda baginda yang lain:
“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”

Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal.
Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.


jadi, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.. kerana wanita yang baik hanya dijanjikan untuk lelaki-lelaki yang baik juga.. seperti firman Allah dlm surah An-Nur ayat 26 ...والطيبت للطيبين والطيبون للطيبت.... maksudnya: " perempuan2 baik untk Lelaki-lelaki baik, dan Lelaki-lelaki baik utk perempuan2 yg baik juga"
salam ukhwah buat semua sahabat yang diingati selalu..
lagu ini ana tujukan buat kalian semua yang selalu ada waktu senang dan susah ana..
selalu tidak jemu memberi nasihat dan tarbiah atas tunjang agama dan kalimah LILLAHI TAALA..
ketahuilah siapapun kalian, ana sangat sayang kalian..
moga dikekalkan dan dikuatkan ukhwah antara kita, aminn..
maafkan salah silap ana sama ada ana sedar @ tidak, sengaja @ tidak sengaja, besar @ kecil..
bertemu dan berpisah kerana Allah..
ukhwah Fillah abadan abada!!

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku..
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman ....

Sepi benar senja ini..
Bayunya semilir, menganak ombak kecil..
Jalur ufuk pula mengemas terang..
Kapal dan layar terkapar..
Mengapa nantikan senja..
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan..
Gusar malam menghampiri..
Ku tewas di lautan..
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu..
Tuntuniku menggapai redhaMu..
Rimbunan kasihMu ku berteduh..
KepadaMu ya Tuhan..
Berikan secebis keinsafan..
Bekalan sepanjang perjalanan..
Mencari ketenangan..
Biar Kau menjadi saksi..
Tulus tangisku kala dini hari..
Kesempatan yang hanya sebentar..
Moga keikhlasanku terlakar..
Berikanlah ku hidayah..
Agar dikuatkan iman yang lemah..
Moga diberkati hidup ini..
Menuju bahagia yang kekal abadi..
PadaMu Tuhan..
Kan kuserahkan cinta kepadaMu..
Harapanku moga dikurniakaN..
Manisnya iman berpanjangan..
Moga lautan hilang gelora ..


Aurat merupakan satu suruhan syariat supaya ditutup kerana pada asalnya aurat bererti pendedahan mana-mana bahagian tubuh badan, sebab itu disuruh supaya ditutup dengan pakaian yang tebal dan longgar, tujuannya untuk menutupi kulit dan bentuk badan supaya jangan nampak terlalu ketara serta dapat mengambarkan lambang identiti muslimah sejati yang disyariatkan oleh Allah S.W.ISLAM menetapkan peraturan dalam soal berpakaian.
Umat Islam tentunya tidak dapat lari daripada hambatan fesyen pakaian yang sentiasa berubah.
Mendedahkan aurat adalah perbuatan memalukan. Sesiapa yang tidak malu mendedahkan aurat boleh diumpamakan seperti haiwan yang sememangnya tidak ada perasaan untuk berpakaian. Batasan aurat dalam Islam amat ketat, terutama bagi wanita. Bagi golongan wanita, aurat adalah seluruh anggota badan, kecuali bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan. Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan pakaian bukan bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan golongan wanita. Islam tidak mengamalkan diskriminasi antara lelaki dan wanita, melainkan keperluan tabii yang membezakan antara kedua jantina ini.

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Rasulullah s.a.w. juga menyuruh umatnya supaya menutup aurat dan bagi ahli keluarga yang berpakaian tidak menutup aurat, maka rumah itu dianggap tidak baik seperti sabdanya:
) ( شر البيوت الحمام ترفع الأ صوات وتكشف العورا ت
Maksudnya: “ seburuk-buruk rumah ialah ( hamam ) bilik mandi, di mana ahlinya bercakap meninggi suara dan aurat terdedah didalamnya”.

PAKAIAN WANITA ISLAM : MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Syarat pertama : Had menutup
Pakaian tersebut hendaklah menutup seluruh tubuh kecuali anggota yang diizinkan dengan jelas.
Bahagian perhiasan yang jelas dikecualikan dalam dua keadaan :
I. Muka dan tapak tangan, Ini adalah tafsirkan oleh sebahagian besar para Fuqaha’. Pada masa lalu dan masa kini. Tafsiran ini disahkn pula oleh melalui ijma’ bahawa seseorang wanita islam adalah diizinkankan oleh Islam untuk tidak menutup muka dan tangannya sewaktu menunaikan haji dan juga pada waktu sembahyang, sedangkan seluruh anggota yang lain dianggap aurat (yang wajib di tutup )
Nas dari Rasulullah s.a..Yakni hadis nabi yang berbunyi:
Bila mana seorang wanita telah mecapai peringkat umur baligh, tidak ada bahagian dari tybuhnya yang didedahkan kecuili ini”. Dan baginda Rasulullah menunjukkan pada muka dan tangannya.
II. Apa yang terdedah atau ternampak daripada tubuh seseorang wanita itu berpunca dari sesuatu sebab yang tidak dapat dikawal atau tidak disengajakan seperti tiupan angin atau di dalam keadaan darurat seperti gelang tangan atau pakaian luaran mereka sendiri

Syarat kedua : longgar


Syarat ke ketiga: tebal
Pakaian tersebut hendaklah cukup tebal agar ia tidak akan menampakkan warna kulit si pemakainya, atau pun bentuk tubuh pemakai yang sepatutnya dilindungi.Berdasarkan peringatan surah an-nur ayat 31 ialah untuk menyembunyikan tubuh seorang wanita itu kecuali muka dan tangan.


Syarat keempat : tiada Daya tarikan
Pakaian itu tidaklah bersifat menarik perhatian dan menghairahkan kaum lelaki terhadap kecantikan pemakaian pakaian tersebut. Tidak mungkin perhiasan dilindungi jika pakaian tersebut di reka bentuk untuk menarik perhatian lelaki kearah wanita tersebut. Al-Quran mengambarkan isteri-isteri Rasullullah s.a.w sebagai contoh bagi wanita-wanita muslimah.


Syarat- Syarat tambahan
Sebagai tambahan kepada empat syarat diatas, terdapat beberapa syarat lain dan mungkin pelaksanaannya mungkin berbeza mengikut masa dan tempat.
1) Hendaklah tidak serupa dengan lelaki. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki
2) Menyerupai pakaian yang pada kebiasaaannya dianggap sebagai pakaian orang-orang kafir. Peraturan ini diperolehi daripada peraturan umum syariah bahawa ummat islam mestilah mempunyai personaliti yang tersendiri yang membezakan pakain atau akhlaknya daripada orang kafir.
3) Pakain itu bukanlah diatas dasar mencari “ kesombongan, kemasyuran dan kebanggaan”.
Kemasyuran demikian Cuma boleh diperolehi dengan memakai pakaian yang berwarna warni untuk memperolehi perhatian orang lain.Rasulullah s.a.w. bersabda: barangsiapa yang memakai pakaian kebanggaan diatas dunia ini, Allah akan memakainyadengan pakaian kehinaan di akhirat nanti,dan akan dihumbankan ke dalam neraka.


SYARAT-SYARAT PAKAIAN LELAKI

1) Lelaki hendaklah menutup semua auratnya.
2) Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar sehingga tidak menampakkan apa yang ia lindungi (aurat)
3) Mestilah cukup tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit kawasan atau anggota yang wajib ditutup tersebut.
4) Hendaklah ia direka bentuk sedemikain rupa sehingga tidak sampai menarik perhatian para wanita terhadapnya. Perturan umum mengenai kehormatan, iaitu tidak untuk menunjuk-nunjuk juga terpakai ke atas semua lelaki dan perempuan muslim.
5) Ia tidak harus menyerupai pakaian perempuan.
6) Tidak harus menyerupai pakaian yang jelas dikenali sebagai pakaian orang-orang kafir.
7) Bukan pakaian untuk tujuan berbangga, mencari kemasyuran dan nama.
Diharamkan mememakai emas dan sutera. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera atau sutera yang bercorak."[1]
Hadis ini menerangkan larangan kepada kaum lelaki. Dalam sabda baginda lagi yang diriwayatkan oleh salah seorang sahabat yang bermaksud: "(Rasullullah) melarang kami dari memakai cincin emas."
[1] ( Riyawat Muslim )

PEMBAHAGIAN AURAT
Para ulama membahagikan batas-batas aurat tersebut, khususnya ketika di luar sembahyang kepada 4 kategori iaitu :
1) Aurat lelaki bersama lelaki2) Aurat wanita ketika bersama wanita3) Aurat lelaki ketika bersama wanita4) Aurat wanita ketika bersama lelaki.

Baginda Nabi S.A.W melalui
sabdanya yang bermaksud:”Ada dua golongan dari umatku yang belum pernah aku melihatnya: Satu golongan ialah orang yang mempunyai cambuk seperti ekor lembu jantan dan memukul manusia dengannya. Dan golongan kedua ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang miring dan memiringkan, kepala mereka seperti ponok unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga mencium baunya. Sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak begini dan begini (dari jarak yang amat jauh)”.[1]
[1]( HR Muslim dan Ahmad).
SEBAGAIMANA kita tahu, musim haji menjelma lagi..
jadi, eloklah kiranya saya paparkan petikan yang dapat dapati dari utusan malaysia ini buat tatapan semua..

Oleh Putera Shith al-Madani

Ibadat haji merupakan kemuncak peribadatan seorang hamba. Namun, hanya segelintir daripada jutaan umat Islam seluruh dunia yang berkesempatan untuk hadir ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah bagi melaksanakan ibadat haji yang merupakan pelengkap rukun Islam. Di samping itu, jemaah haji juga dapat menyaksikan pelbagai keagungan dan kelebihan ciptaan Allah khususnya tempat-tempat yang berkaitan dengan ibadat haji itu sendiri.
Maka tidak hairanlah, apabila saban tahun Tanah Suci Mekah dan Madinah dibanjiri oleh jutaan umat Islam yang datang dari pelbagai pelosok bumi semata-mata ikhlas melaksanakan tuntutan syariat ini dan menziarahi makam Rasulullah SAW.
Sesungguhnya, kehadiran mereka sebagai tetamu Allah merupakan satu simbolik atas kebenaran firman-Nya: Dan serulah manusia (wahai Ibrahim a.s.) untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu (yakni Baitullah). (al-Hajj: 27)
Sebagai tempat yang diberkati, Tanah Suci Mekah, al-Masya’ir iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina, Miqat serta Tanah Suci Madinah memiliki fadilat tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Justeru, ruangan pada kali ini bakal memaparkan kemuliaan dan kelebihannya buat renungan bersama.
Kelebihan Mekah al-Mukarramah:
Mekah adalah paksi bumi dan merupakan penempatan tertua di mana tinggalnya bapa dan ibu sekelian manusia iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa apabila kedua-duanya dipertemukan semula oleh Allah selepas diturunkan ke bumi dari syurga. Mekah adalah Tanah Haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hari Fath Mekah: Sesungguhnya negeri ini telah dijadikan oleh Allah sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan Bumi. Mekah adalah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. (riwayat Muslim)
Antara kemuliaan dan kelebihan Mekah adalah:
lTempat yang paling disayangi Allah.
Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Sesungguhnya engkau (yakni Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling disayangi-Nya.” (riwayat al-Tirmizi)
Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman. Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)
Rasulullah SAW pula bersabda yang mafhumnya: Antara golongan yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang melakukan kejahatan di Mekah. (riwayat al-Bukhari)
lGandaan pahala mengerjakan amal soleh. Beribadat di Mekah menjanjikan pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Jemaah haji sewajarnya mengambil peluang keemasan ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka ke arah melakukan amalan solat fardu dan sunat khususnya ketika beribadat di Masjidil Haram, begitu juga amal soleh yang lain seperti bersedekah. Ibadat tersebut akan digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.
Sabda Rasulullah SAW: “Solat di al-Masjidil Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100,000 kali di masjid lain)”. (riwayat Imam Ahmad).
Al-Hasan al-Basri meriwayatkan: “Sedekah 1 dirham (di Mekah) lebih baik dari 100,000 dirham, dan setiap kebajikan digandakan sebanyak 100,000 kali”.
lKaabah & Masjidil Haram.
Kelebihan Mekah begitu sinonim dengan kewujudan Kaabah sebagai rumah ibadat pertama dan kiblat umat Islam. Ia dibina daripada bongkah batu Gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Judi dan Hira’.
Firman Allah: Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk golongan manusia adalah yang terdapat di Mekah yang penuh keberkatan, sebagai petunjuk kepada sekelian alam. (ali-‘Imran: 96)
Agar tidak dipersiakan kesempatan ini, jemaah haji wajarlah bersegera ke Masjidil Haram agar dapat mengerjakan tawaf Tahiyatul Bait dan tawaf sunat. Tunaikan solat dan duduk di barisan hadapan agar mereka sentiasa dapat melihat Kaabah.
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Allah menghapuskan kesalahan orang yang sedang tawaf serta menulis baginya kebajikan”. (riwayat al-Tirmizi).
Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat pada setiap hari; diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat bagi orang yang mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang solat dan 20 rahmat bagi orang yang melihatnya. (riwayat al-Tabrani)
lMustajab Doa
Antara tempat yang mustajab doa ialah di Multazam dan di bawah Mizab. Sambil merapatkan pipi, dada dan dua t apak tangan ke dinding Kaabah, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar segala permintaan diperkenankan Allah SWT.
Tunaikan solat di Hijr Ismail kerana ia juga adalah sebahagian daripada Kaabah. Sekiranya tidak mengganggu jemaah yang sedang tawaf, tunaikan solat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim kerana ia juga tempat mustajab doa.
Firman Allah: Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat. (al-Baqarah: 125)
lHajarul Aswad
Ia adalah kepingan batu yang berasal dari syurga. Jemaah lelaki disunatkan mengucup dan mengusapnya, manakala bagi wanita hukumnya hanyalah harus.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Dia akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada yang telah mengusapnya dengan kebenaran”. (riwayat al-Tirmizi)
lTelaga Zam Zam
Menurut riwayat, telaga Zam Zam terhasil dari terjahan kaki Nabi Ismail a.s. atau dari kuisan sayap malaikat Jibrail a.s. Ia merupakan sebaik-baik mata air dan penawar yang terdapat di muka bumi. Minumlah secara beradab dan dengan sepuas-puasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Air Zam Zam itu (fadilatnya) mengikut tujuan apa ia diminum”. (riwayat Ahmad) dan Sesungguhnya Air Zamzam merupakan makanan yang berzat dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)
lBukit Safa & Marwah
Di sini berlakunya perjalanan Hajar mencari manusia untuk membantunya mendapatkan sumber bekalan dan tempat berlindung. Tempat saie ini merupakan syiar Islam sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. (al-Baqarah: 158)
Justeru, ketika berada di kaki bukit ini, berdoalah dengan menghadap ke arah Kaabah seraya mengangkat kedua belah tangan, kemudiannya bertakbir dan bertahmid kerana ia juga merupakan tempat mustajab doa

WWW.LISTEN2QURAN.COM

I Love Pink!!!!!